Showing posts with label Laptop. Show all posts
Showing posts with label Laptop. Show all posts

Friday, March 20, 2009

Acer Aspire 6935G


DIDATANGKAN dengan penampilan tubuh hitam gabungan matte dan bersinar, komputer riba Acer Aspire 6935G ini nampak sangat kelas. Antara ciri-ciri menarik gajet itu ialah empat antara muka USB, slot ExpressCard, pembaca kad, LAN dan port 56K.

Menerusi paparan skrin LCD 16 inci yang luas dan beresolusi tinggi 1920 x 1080, memiliki Acer Aspire 6935G sebagai komputer multimedia adalah berbaloi untuk pembelian anda.

Selaku komputer riba berasaskan Centrino 2, ia dilengkapi pemproses Intel Core 2 Duo P7350 2.0 GHz dan saiz RAM sehingga empat GB. Hadir dengan kamera web dan kad grafik Nvidia GeForce 9600M GT, penggemar mainan video pasti teruja dengan kualiti tetapan imej yang tinggi bagi setiap mainan tiga dimensi (3D) yang dipaparkan

Laptop Kecik



Pada saiz sebesar 245 x 120 x 19.8mm dan berat 594 gram, tidak keterlaluan jika Vaio P dikatakan komputer paling ringan pernah dihasilkan.

SONY telah merealisasikan impian golongan yang gemarkan gajet digital dengan memperkenalkan komputer mini terbarunya, Vaio P. Ketika Apple berbangga dengan Macbook Air mereka pada tahun lalu, Vaio P dijangka mampu memikat pengguna yang gemarkan platform Windows.

Bukan sahaja saiznya yang begitu kecil (245 x 120 x 19.8mm), ia juga ringan dengan berat 594 gram. Tidak keterlaluan jika ia dikatakan komputer paling ringan pernah dihasilkan. Ia boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam beg pinggang, beg tangan wanita malah ia juga boleh diselitkan ke dalam poket belakang seluar jean seperti mana dompet lazimnya dibawa. Bagi membuktikan fakta ini, Sony menggunakan seluar jean Levi's sebagai usaha mempromosikan Vaio P mereka.

Bagi gajet sekecil ini, biasanya papan kekunci akan menjadi 'mangsa' keadaan dan keselesaan menaip terpaksa dikorbankan. Namun tidak bagi Vaio P. Jarak antara kekunci dikekalkan bagi mengekalkan ketepatan ketika menaip. Untuk tujuan itu, pad sesentuh juga tidak diwujudkan bagi mengelakkan permukaan hadapan yang tidak seimbang.

Seperti produk Vaio yang lain, Vaio P masih mengekalkan kualiti materialnya. Selain binaan yang tampak kemas, ia turut kelihatan meyakinkan khususnya bagi pengguna yang agak lasak. Hamparan kekunci dan mekanisme penutupnya turut menggambarkan Sony tidak melupakan aspek ketahanan gajet keluaran mereka.

Namun, bagi pengguna yang telah biasa menggunakan komputer riba yang bersaiz agak besar, pastikan anda menggunakan Vaio P ini pada permukaan yang rata kerana ia kekurangan ruang rehat untuk pergelangan tangan dan mudah terjongket ke belakang. Secara peribadi, penulis tidak akan memilih warna hitam sekiranya berniat untuk memiliki komputer mini itu kerana bekas cap cari akan mudah kelihatan bertompok pada permukaan yang gelap.

Dari segi keupayaan pula, Vaio P hanya menawarkan dua port USB, pembaca Memory Stick dan juga SD-Card. Sekiranya anda menggunakan storan format lain seperti CF-Card, anda perlu mendapatkan pembaca kad memori USB. Bagi sambungan rangkaian setempat (LAN) dan port VGA, anda memerlukan port replicator bagi tujuan itu kerana Vaio P lebih menitikberatkan penggunaan rangkaian tanpa wayar (WiFi).

Bagi golongan yang kurang selesa membaca tulisan yang agak kecil dan tidak berpuas hati menonton video pada skrin yang kecil, Vaio P mungkin bukan pilihan anda. Ini kerana skrinnya hanya bersaiz lapan inci. Untuk melayari Internet, anda mungkin terpaksa menggunakan fungsi pembesar pada pelayar Internet Explorer bagi membesarkan tulisan.

Menurut Sony, aspek kelebaran skrin model Vaio itu boleh menempatkan dua tetingkap aplikasi yang dibuka bersebelahan. Secara teorinya, skrin bersaiz 1600 x 768 piksel sudah mampu melakukan tugasan ini. Bagaimanapun, secara realitinya penulis terpaksa mengubah sedikit saiz font pada dokumen Word yang dibuka secara manual bagi membolehkan dua tetingkap dibuka sekali gus.

Sony Vaio P didatangkan dalam dua versi iaitu 1.33GHz dengan cakera keras bersaiz 60GB dan 1.6GHz dengan 64GB ingatan jenis solid state (SSD), jenis storan yang digunakan dalam thumbdrive yang biasa kita gunakan. Ia mengambil sekitar satu minit lebih sebelum ia dapat memasuki sistem operasi Windows Vista dengan RAM 2GB. Pastinya pemilihan Windows Vista untuk gajet dengan spesifikasi sebegini merupakan pilihan yang kurang sesuai kerana umum mengetahui keperluan minimum Windows Vista bagi membolehkan ia beroperasi dengan lancar
Walau apa pun, Vaio P berjaya membuktikan komputer hari ini telah melalui satu lagi era baru. Jika sebelum ini hanya telefon pintar atau PDA sahaja boleh dimuatkan ke dalam kocek tetapi dengan pengkomputeran yang agak terhad, Vaio P telah membuktikan komputer juga boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan gajet-gajet digital lain dengan keupayaan pengkomputeran yang lebih baik berbanding pesaingnya

Thursday, November 27, 2008

Laptop BenQ

BENQ baru-baru ini menampilkan siri netbook pertamanya, Joybook Lite U101, yang dibangunkan bagi menepati keperluan generasi Internet. Hanya memiliki berat 1.1 kilogram, ia didatangkan dengan skrin penjimatan tenaga LED 10.1 inci.

Dengan kapasiti storan 160 Gigabait, papan kekuncinya lebih besar dan mesra pengguna dengan jangka hayat bateri lebih lama.

Istimewa juga, Joybook Lite U101 turut menampilkan corak plat muka ikon emosi di bahagian pelindung IMR bebas calarnya. Komputer netbook itu juga memiliki aksesori yang menepati gaya dan keperluan pengguna Internet bagi membolehkannya untuk dibawa ke mana saja.

Dengan berkonsepkan rekaan asas ikon-ikon emosi universal yang nampak lucu, ia adalah berteraskan pemahaman BenQ terhadap kekerapan generasi Internet menggunakan suntikan ikon emosi dalam menyokong komunikasi berasaskan teks. Ia bertujuan untuk menyerlahkan perasaan dan perbuatan bukan verbal secara lebih berkesan.

Rekaan luaran Joybook Lite U101 ini juga seakan memberi gambaran bahawa pemiliknya mempunyai cita rasa yang sukakan keseronokan!

Joybook Lite U101 adalah netbook pertama di pasaran yang mengetengahkan skrin penjimatan tenaga LED 10.1 inci, pada nisbah kelebaran 16:9. Dengan speaker binaan dalaman 1.5W dan kamera web 1.3 megapiksel, Joybook Lite U101 menawarkan generasi Internet dengan kepuasan multimedia memberangsangkan.

Ia boleh dipercayai dan tahan lama menerusi keupayaannya menampung tekanan berat sehingga 50 kilogram dan tahan lasak walaupun dijatuhkan pada ketinggian 76 sentimeter. Ia juga turut dilengkapi dengan prosesor Intel® Atom, Bluetooth 2.0, pembaca kad empat dalam satu dan GUI peribadi (turut didatangkan dengan netbook berasaskan platform Linux).

Joybook Lite U101 yang didatangkan dalam empat warna: hitam, biru, putih dan merah jambu itu ditawarkan pada harga RM1,799