DR. ALAN BOSS dari Institusi Sains Carnegie di Amerika Syarikat percaya bahawa ada kemungkinan galaksi kita menyimpan 100 bilion planet mirip Bumi dan boleh dihuni oleh hidupan ringkas.
Sehingga hari ini, teleskop tercanggih dunia hanya dapat merakamkan 300 buah planet yang berada dalam kriteria itu di luar sistem solar kita.
Sebilangan kecil daripada planet-planet itu tidak mampu menyokong kehidupan kerana ia mengandungi gas berbahaya seperti di planet Musytari. Ada juga planet yang terlalu dekat dengan sumber cahaya di mana apa juga mikro organisme yang hidup akan terbakar dengan mudah.
Namun, berdasarkan bilangan planet yang dijumpai setakat ini, Boss menganggarkan bahawa setiap bintang umpama matahari akan mempunyai sekurang-kurangnya satu planet mirip Bumi. "Bukan sahaja ia mempunyai 'penghuni' tetapi banyak juga yang tidak pernah diganggu. Jika ada hidupan, keadaannya mungkin sama dengan Bumi tiga atau empat juta tahun lalu," ujarnya yang merujuk kepada hidupan bakteria.
No comments:
Post a Comment