Sunday, May 24, 2009

Samsung Star S5233

Kompak dan nipis
Dunia gajet Samsung tidak pernah sunyi dengan teknologinya. Terbaru Samsung Star S5233 mendapat sambutan luar biasa

PENGGUNA boleh melayari Internet sepenuhnya dengan sensor aselerometer untuk rotasi auto

SAMSUNG Star S5233 ialah sebuah telefon bimbit berskrin sentuh penuh terbaru. Sejak diperkenalkan pada penghujung April lalu, Samsung sudah menerima lebih daripada dua juta tempahan awal untuk gajet itu.
Sebagai gajet yang menyokong rangkaian 2.5G, Star S5233 hadir dengan ciri-ciri multimedia terbaru dalam penampilan yang cukup kompak dan nipis.
Dengan ukuran badan 11.9 milimeter sahaja, gajet itu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Hadir dengan pena stylus binaan dalam, skrin sentuh penuh WQVGA 3 inci dan antara muka pengguna TouchWiz v1.0 serta Mobile Widgets, telefon bimbit itu membolehkan pengguna menikmati pengalaman mudah alih yang lebih intuitif.
Dengan hanya satu sentuhan pada imej menerusi aplikasi Photo Contact, pengguna boleh menghubungi kenalan tanpa sebarang masalah. Selain itu, Star S5233 juga dilengkapi dengan sebuah kamera 3.2 mega piksel dan rakaman video yang menyokong QVGA@15fps.
Pengguna boleh menggunakan aplikasi Communities untuk memuat naik gambar ke dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Picasa, Friendster, MySpace, Photobucket dan Flickr.
Telefon bimbit itu juga menawarkan ciri pengecaman muzik menggunakan perkhidmatan Find Music Shazam. Bagi menikmati pelbagai kandungan multimedia, Star S5233 juga menyokong kapasiti memori sebanyak 50MB dengan slot memori luaran sehingga 8GB.
Lebih menarik, pengguna boleh menikmati dan melayari Internet sepenuhnya dengan sensor aselerometer untuk rotasi auto. Untuk kemudahan, gajet ini juga menyokong pad kekunci QWERT virtual, Gesture Unlock dan ciri pengecaman tulisan tangan

2 comments:

hyper mommy said...

zeti, blog ko ni dah jadi blog for review ke? welcome to my blog. Azrin la, ur ex school mate smc ipoh.

zt said...

Hehe blog ni semua org leh baca.. Hal peribadi, umpat mengumpat aku simpan dlm blog private aku.. Hehe.. Takut ada yg tersentuh,terluka hati