Thursday, October 25, 2012

Sehari sblum aidiladha

Kpd semua umat Islam, 5 petang waktu Malaysia hari ni masuk waktu wukuf di Arafah smpai esok pg - waktu doa mustajab, banyakkan berdoa & amalan lain sbb masa wukuf malaikat turun ke bumi, insyaAllah doa dimakbulkan oleh Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir batin. :)

Tuesday, October 23, 2012

Walnuts

A walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrum and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds on the nut are just like the neo-cortex.

We now know walnuts help to DEVELOP MORE THAN 3 dozens neuro-transmitters for BRAIN FUNCTION! So go nutty today! :D

Saturday, August 18, 2012

Thursday, August 2, 2012

Sunday, July 8, 2012

Monday, July 2, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Friday, May 4, 2012

Thursday, May 3, 2012

Friday, April 20, 2012

KENAPA BERAT BADAN PAYAH NAK TURUN????




1.Stress
Tekanan atau ramai yang panggil “stress”, menjadi antara faktor utama penurunan berat badan tidak berlaku.Kita kena tangani stress supaya badan kita lebih relaks dan hormon “cortisol” yang mengawal selera makan ini tidak terganggu penghasilannya.

2.Kita makan banyak dari yang sepatutnya
Ini penyebab no. 1. Ada seorang pakar pemakanan cakap, “Kita tak akan gemuk hanya dengan hirup udara!”. Memang betul. Lemak hanya akan terbentuk kalau badan kita mengandungi makanan yang berlebihan (kalori).Lelaki akan bakar dalam 2,200 kalori, manakala wanita pula sekitar 1,600 kalori dalam sehari secara kasarnyalah.Kalau kita makan lebih dari jumlah ini, maka lebihan kalori ini akan disimpan dalam sel lemak. Cukup 8,000 kalori lebihan kita simpan, maka berat kita akan naik 1KG!

3.Kita senaman “Hangat-hangat t*ik ayam”
Seperti yang disarankan di atas, kita kena amalkan senaman kardio sebanyak 5 kali seminggu. Dan setiap kali 30 minit.Apa yang selalu kita lalui, 3 hari pertama, semangat betul kita senaman. Orang suruh buat 30 minit, kita buat sampai sejam. Tapi masuk hari ke empat, kita skip. Masuk minggu ke-2 kita “terlupa” nak senaman. Masuk bulan ke-2, kita lebih suka tengok orang senaman kat TV.Yang ini kita kena buat sesuatulah. Pilihan atas tangan kita, kita boleh pilih dari 2 pilihan;
1. Terus jadi gemuk
2. Senaman dan kita perangi kegemukan
Orang lebih suka pilihan pertama sebab ianya mudah untuk dilaksanakan. Jarang orang pilih yang ke-2 sebab ia menyeksakan.

4. Hujung minggu jadi perosak program
Yang ni memang selalu terjadi. Terutama sekali bagi orang yang bekerja. Kita senaman Isnin hingga Jumaat, disiplin betul. Kita makan ikut jadual, Isnin hingga Jumaat. Kita minum air pun secukupnya, Isnin hingga Jumaat.
Tapi, Sabtu dan Ahad, sebab cuti, maka kita dah start “balas dendam”. Semua makanan tak sihat kita bedal. Makanan segera, minuman manis, aiskrim dan macam-macam lagi makanan ringan kita suapkan dalam mulut kita ni.
Selalu kita makan 1,500 kalori sahaja Isnin sampai Jumaat, tapi hari Sabtu dan Ahad kita makan sampai 4,000 kalori seharian. Dahlah kita makan banyak, pergerakan pulak banyak depan TV bergolek-golek sahaja. Kadar pembakaran lemak untuk orang yang duduk depan TV dan orang yang tidur adalah SAMA!

5. Kita tak sabar
Kita terlalu cepat sangat nak tengok perubahan. Senaman baru 30 minit, kita dah naik timbang. Baru kita diet sehari, kita dah naik timbangan. Bila nampak KG naik kita jadi tak semangat. Rasa yang kita punya senaman tak berguna. Lebih baik tidur!
Kita kena tahu yang perjuangan melawan kegemukan ini akan mengambil masa bertahun-tahun. Lagipun kita jadi gemuk bukan dalam masa sebulan. Ada yang 10 tahun baru badannya dari slim jadi gemuk.
Jadi, nak turunkan berat tu juga mengambil masa. Tapi, jika proses menjadi gemuk mengambil masa 10 tahun, kita patut berikan masa pada diri kita sendiri untuk turunkan dalam masa 1 tahun.

6.Ada masalah kesihatan
Sesetengah penyakit boleh menyebabkan metabolisma kita menurun. Contohnya penyakit tiriod (thyroid). Orang yang mengalami penyakit ini biasanya senang untuk berat mereka bertambah.

7. Anda telah capai tahap “plateau”
Plateau (disebut “plato”) ini adalah satu keadaan dimana badan kita mula lali dengan apa yang kita buat. Semua orang akan melalui keadaan ini jika mereka lakukan sesuatu untuk turunkan berat badan.
Berat badan akan turun pada peringkat permulaan, kemudian akan jadi perlahan penurunannya dan sampai satu tahap ia akan berhenti langsung dari turun.

Antara sebab berlakunya plateau ini ialah;

• Kita makan terlalu rendah kiraan kalorinya
• Kita lakukan senaman yang sama sahaja sepanjang masa
• Kita senaman terlalu keras atau keterlaluan

CEGAH OBESITI DENGAN TERAPI AIR

Anda boleh mencegah obesiti atau menurunkan berat badan dengan terapi air kosong..Air kosong bersifat membuang kotoran dalam tubuh sehingga akan lebih cepat dikeluarkan melalui urin.Bagi yang menurunkan berat badan minum air suam sebelum makan salah satu cara mengurangkan jumlah makanan yang masuk.Apalagi air tidak mengandungi kalori,gula ataupun lemak.

Minumlah 2 gelas air iaitu 250ml sebelum makan atau 3lit setiap hari. Perkara ini boleh membantu org yg sedang diet menurunkan berat badan
Cara mudah ini boleh menurunkan berat badan kira kira 2.3kg dalam masa 12minggu(tanpa pengambilan produk kurus..jika mengambil produk kurus dinasihatkan minum air min sehari 4liter).

Diet atau terapi air kosong ini adalah teknik yang amat berkesan kerana bermakna kita mengisi perut dengan zat sifar kalori.

Amalkan pengambilan air suam sebanyak 250ml sebelum makan pasti membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Elakan mengambil air manis dan juga kerap minum air ais kerana ianya melambatkan proses penurunan berat badan anda.

Sunday, April 15, 2012

......bila amarah mengatasi qalb, al-'aql , an-nafs.........

....bila amarah mengatasi qalb (hati nuran), al-'aql (akal fikiran ), an-nafs (jiwa).........

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN ~ Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama". Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya. Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya. Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup. Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila". .

Saturday, April 14, 2012

Cara Mengubati Penyakit Malas Menurut Islam



Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude negatif yang wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dan paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa

Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Antara doa Nabi juga :

“Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.

Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.

Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu

Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

“Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu

Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.