Friday, January 27, 2012

Doa Subuh

Ya Allah,berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yg tlh Engkau tunjuki..
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yg tlh Engkau sejahterakan..
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yg tlh Engkau pimpin..
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yg tlh Engkau berikan padaku..
Jauhkanlah aku drpd segala kejahatan yg tlh Engkau tetapkan..
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yg menetapkan,dan tidak sesiapapun yg berkuasa menetapkan sesuatu selain drpd Engkau..
Sesungguhnya tidak terhina orang yg memperolehi pimpinanMu..
Dan tidak mulia orang-orang yg Engkau musuhi..
Maha berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau..
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yg tlh Engkau tetapkan..
Dan aku minta ampun dan bertaubat kpd Engkau..
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yg ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya..

:: Doa yg akan kita baca setiap kali menunaikan solat Subuh iaitu Doa Qunut.. Sama-sama kita hayati doa yg sangat cantik ini.. ::

No comments: