Friday, May 22, 2009

Vakum Jimat Elektrik

BAGI anda yang sentiasa inginkan rumah dalam keadaan bersih dan jauh daripada bakteria, vakum Electrolux Ultra Silencer Green (USG) adalah jawapannya.
Menurut Pengurus Pemasarannya, Wendy Ho, produk-produk Elektrolux terbukti mengurangkan penggunaan tenaga dan air.
"Untuk produk terbaru kami iaitu vakum Ultra Silencer Green, penggunaannya tidak melibatkan kuasa elektrik yang tinggi.
"Malah, ia juga mempunyai ekzos HEPA H12 turas dengan penutup bersih automatik bagi membuang zarah-zarah berbahaya dan membuat udara sekeliling menjadi bersih dan segar," katanya mengenai keistimewaan vakum tersebut.
Wendy memberitahu, vakum itu hanya menggunakan enjin sebanyak 1,250 Watt. Berbeza dengan standard pembersih vakum yang biasa dengan penggunaan enjin sebanyak 2,000 Watt.
"Ini menyebabkan pengguna dapat menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 33 peratus dengan penggunaan vakum USG sekali gus memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengguna," katanya.
Seperti model Ultra Silencer sebelumnya, Ultra Silencer Green menawarkan ciri-ciri ergonomi yang direka khas bagi memudahkan proses vakum dilakukan.
Antara ciri-ciri USG yang direka khas ialah tali pemutar sembilan meter, tiub teleskop, muncung upholsteri pelbagai fungsi, lapisan lembut bawah vakum bagi melindungi lantai, pemegang boleh alih dan berat vakum hanya 5.4 kilogram.
Vakum Ultra Silencer Green ini telah berada di pasaran pada harga runcit RM1,200 sebuah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.elctrolux.com.my

No comments: