Friday, March 20, 2009

Motorola EM30



Kualiti visual

Teknologi Crystal Talk dalam Motorola EM30 membantu mengekalkan kejelasan bunyi biarpun dalam persekitaran yang bising.

HANYA dengan satu sentuhan butang, teknologi ModeShift pada Motorola EM30 boleh menukarkan sebuah telefon bimbit kepada pemain muzik. Telefon bimbit bercirikan muzik ini hadir dengan sebuah kamera digital dua megapiksel dan zoom digital lapan kali ganda yang berupaya merakamkan gambar serta video berkualiti tinggi.

Motorola EM30 ini menyediakan keperluan asas kepada pengguna berbual, mengirim teks, memuat turun MP3, ruang simpanan untuk lagu-lagu kegemaran, radio FM dan audio berketepatan tinggi.

Menerusi 'isyarat' berwarna-warni, pengguna dapat mengetahui status mod pada sesuatu masa, selain membolehkan anda berhubung dengan bunyi-bunyi penting dalam hidup anda. Antaranya ialah ahli keluarga, rakan-rakan dan artis-artis kegemaran.

Sekeping kad simpanan flash boleh tanggal, microSD sebesar 8GB juga membantu anda menyimpan segala lagu kegemaran. Didatangi dengan pembesar suara bina dalam, teknologi stereo bluetooth tanpa wayar dan aksesori padanan pilihan, Motorola EM30 ini tampil bersama headphone 3.5mm.

Bagi yang sering menghadapi masalah mendapatkan bunyi yang jelas, anda tidak perlu risau tentang kerumitan serupa dengan Motorola EM30. Teknologi Crystal Talk membantu mengekalkan kejelasan bunyi biarpun dalam persekitaran yang bising.

Selain itu, Motorola EM30 juga menyediakan satu paparan landskap yang sesuai untuk pengalaman melayari laman web. Teknologi USB 2.0 dengan kadar kepantasan tertinggi membolehkan anda memindahkan lagu dalam tempoh beberapa saat.

Kesesuaian dengan Windows Media Player 11 pula memberikan kebebasan kepada pengguna memuat turun muzik daripada lebih 200 stor muzik dalam talian di seluruh dunia.

No comments: