Tuesday, December 7, 2010

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...




Nauzubilllah, minta dijauhkan istidraj

Article below source by: Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi businessnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Wednesday, December 1, 2010

Dugaan uji tahap keimanan manusia

Source : Mutiara Hati
Tajdid Iman Bersama Dr Juanda Jaya



Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabda Baginda bermaksud:

“Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah pilihkan untuk kita adalah baik. Apabila sakit ubatnya adalah senyum dan reda.

Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas’ud apabila ditanya: “Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?” Beliau menjawab: “Bukankah Allah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?”

Orang banyak mengatakan: “Bahagia itu adalah kepuasan hati.” Tetapi, pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana dia berada di dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kaya, cantik, sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah terpenuhi dengan sempurna.

Selamilah dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka.

Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha Sempurna aturan-Nya, yang suci daripada cacat cela atas segala pentadbiran-Nya. Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tetapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras, hanya ‘terkejut’ di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya.

Firman Allah:
“Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya.” (Surah Al-Bayyinah, ayat 8.)



Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu.

Pertama, ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal, tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat paling berharga.

Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang.

Tetapi, mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari-hari ketika sihat. Kalau rugi semua orang diamuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini.

Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong . Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia. Tetapi, bukan bahagia yang ‘diam’ dalam hati, ia cuma menempel sebentar pada dinding hati kemudian lenyap begitu cepat.

Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya, tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Selamat Datang Awal Muharam & December




Hari nie 1 December, ALLAH menghadiahkan kembali kepadaku "brg"ku yg telah dicuri.. Alhamdulillah , ALLAH juga menghadiahkan kepadaku kesedaran sebagai umatNYA.. dalam bulan Dec ni pada tarikh 7 Dec, lagi 6 hari bakal mnyambut Tahun Baru Islam .. Awal Muharam 1432.. Moga December melabuhkan tirainya dgn baik , tahun 2010 yg penuh dgn pelbagai warna... Ya ALLAH, ya Tuhanku, hambaMU bermohon kepadaMU , moga tragedi November tidak akan berulang kembali.. cukuplah sekali peristiwa hitam dalm hidupku Ya ALLAH.. mohon kepada MU keberkatan dalam hidup ..AMIN...

Sunday, November 28, 2010

Dugaan ALLAH SWT: Tanda Allah Sayang




Dugaan yg melanda, menyebabkan seseorg manusia menghisab kembali kekhilafan yang dilakukan. Menyedari dan menginsafi dosa-d0sa yang dilakukan, agar kembali ke pangkal jalan. Dosa besar yang dilakukan apatah lagi timbunan dosa-dosa kecil.. Ya ALLAH ampunilah hamba-MU ini... Bersyukur ke-hadratMU kerana masih diberi nyawa, bermakna diberi peluang.. Ya ALLAH, mohon perlindungan kepadaMU di masa-masa akan datang, sesungguhnya hambaMU ini adalah terlalu lemah untuk menerima dugaan besar.. tarikh 25/11/2010.. akan menjadi panduan dalam kehidupan hamba di masa-masa akan datang.. ampunlah hamba kerana alpa & lalai dalam menunaikan suruhan-MU & menjauhi laranganMU..

May Allah also give us the patience to deal with such losses and the appreciation that everything comes from Allah. We all came from Allah and we will return to Allah one day...... AMIN ........


Source for contents below : Verses of Life

Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.]

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

Ganjaran menanti bagi yang diuji

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.

Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [Al-Baqarah: 214]

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;

1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;
إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم


“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Bala’ dalam konteks semasa

Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;
يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]

Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;
وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.
الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.

Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!
يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]

Thursday, November 25, 2010

Subway IOI mall


Nie menu yg dicadangkan oleh trainer Fitness First masa aku aktif ke gym time aku jadi cikgu dulu.. He said that " If u think of a healthy fast food chain..choose subway".. Confuse juga.. mustard etc berkalori tinggi ... Haha might be dia suruh aku mkn roti tu berintikan ngan salad2nya aje OR might be he just made the comparison among the fast food outlets .. Anyway, subway ni agakla mahal utk org spt aku :) ...

Saturday, November 20, 2010

Satu Hari Satu Resepi

Hahaha .. nie azam tahun baru 2011 kak shikin! Bersemangat kak shikin memasak sejak dapat balik ke Perak.. semangat nak masuk rumah baru :) AKU? haha tunggu dulu.. kalu buku nie terbukti sedap resepinya leh la aku cuba2..

Hari nie dari pagi, aku berjalan2 dgn kak shikin sblum kak shikin balik ke Perak.. Destinasi 1 ke rmh aku, then rumah linda , then kedai plastik, then SABA' Restaurant, then AEON Bukit Tinggi.. Agendanya, mcm biasa, ...........makan .......... makan ......... & makannnnnn .............

So planning, next yr kalu balik Eypoh, spend cuti 1hari kat rumah kak shikin utk "memasak" bersama ;)

ALL THE BEST KAK SHIKIN !!!!!!!!!!!! Gonna miss u (╥_╥) ...

Wednesday, November 17, 2010

Esteller Sari Ratu

Actually dah lama dah aku makan nie.. kak jee la yg dok recommend selalu.. haaa cara sebutan pun kak jee ajar.. Este'lle'r .. ( e' = e'kor )... Ok, apa itu Esteller? Esteller ni mcm ABC tapi ada nangka, buah kabong & isi kelapa...


So kat ner leh makan nie ? kat mana2 pun ada2.. tapi yg ramai org recommend kat Sari Ratu lah.. So kat bwh nie menu restoran nasi padang dia.. tapi aku & kak shikin cuma order Esteller..


Kak shikin pun dah nak pindah ke Perak ...
(╥_╥)
... . nie antara kenangan brsama k.shikin d Klang Valley.. so pas nie kita serbu restoran kat Perak lak ek kak shikin :) .... Friendship 4 eva :)

Monday, November 15, 2010

Menahan Diri Daripada Marah



Tazkirah Source by : wiraislam http://www.tranungkite.net
"Dan mereka yang menahan marah, memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." (Ali-Imran:134)
Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa kepada perkara di luar batasan. Maka, Islam mengajar kita cara-cara untuk menahan marah.

Pertama

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa jua situasi. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini.

Suatu hari seorang lelaki yang bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keIslamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad s.a.w. untuk meminta hutang daripada Nabi s.a.w.. Namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dengan penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah s.a.w.. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar:



“Aku dan dia (Zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yang kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi (Zaid) meminta dengan cara yang baik.”

Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut. Namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam.

(HR Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)

Kedua

Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain. Firman Allah S.W.T.:

“Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfaq baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.”

(Surah Ali Imran : 134)

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari.”
(HR Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)

“Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan.”

(HR Abu Daud)

Ketiga

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam. Firman Allah Ta’ala:

”Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”

(Surah Al-A’raf : 200)

Dua orang lelaki bermaki-makian di depan Nabi. Salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dengan keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu - Aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam (ta’awwuz).”

(HR Bukhari dan Muslim)

Keempat

Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya. [Fakta Sains: Klik Di Sini]

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya :

”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring.”

(HR Ahmad dan Abu Daud)

Kelima

Diam kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam" - Nabi s.a.w. mengucapkannya 3 kali.

(HR Ahmad, Tarmizi dan Abu Daud)

Keenam

Berwudhuk. Di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. Maka yang demikian, yang dapat memadamkn api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk demikian dengan izin Allah dapat meredakan kemarahan.

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk.”

(HR Ahmad dan Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak adam.”

(HR Ahmad dan Tarmizi)

Wow!! Italiannies...


Yesterday , kak su & i went to kak ina & en Z new house. We had been assigned a task of checking the house's defects.. I&P house @ BK9 was not as bad as mine... Only a few minor defects.. Then guess what? Wooohoooo, en Z & k.ina belanja makan :)

Italiannies ... !! It was my 1st .. the restaurant provides an alternative ambiance to the hearty Italian theme..




Here's the menu.. but careful when u want to choose ur menu... Read carefully the ingredient. Some of the meals in the menu have been cooked together with the wine... same like TGI's Friday & Chillis .. they mention it clearly there..

The best thing here was the starters .. their starters were freshly baked bread with a touch of olive oil & balsamic venegar .. It's supplementary together with the meal :) Meaning FOC , when u're ordering ur meals ! :)

How did the bread looks like ? Here the pic .. This was my favourite! Home-made Foccacia & Tuscan Bread that served together with olive oil & balsamic vinegar... It was exquisite ..


Little Addruce's fav too :)

The olive oil mix together with balsamic vinegar & then cicah.. nampak macam kicap pun ada :)

Another favourite : Toasted Bruschetta topped with marinated tomatoes, pesto sauce & parmesan cheese

YUMMY !!!
Pasta lover , u should try the Spaghetti & Meatballs.. CAN'T forget it ! Two huge & giant meatballs really awesome !


& this is Rolled Stuffed Chicken Breast.. I didn't like this menu, the tomatoes were sourish.. Kak Ina said " tak sedap, rasa mcm nak pulangkan balik je ".. :) ..I was too hungry at the time to complain :)


Next.. Chicken Lasagna .. layers of lasagna paste, creamy cheese sauce with melted mozzarella cheese & baked until golden brown..


We conclude the lunch with Creme' Brulee .. I love the burnt caramel on top of it :)..




Finally, En Z ordered this mineral water before we went off to our separate ways.. Guess how much this mineral water ? Huuuuhhhh lagi mahal dari air jus dia ! RM16 per bottle ( 500ml )..


Imported from Italy.. Lebih baik bli Spritzer made in Malaysia :)



In conclusion, it was a great meal n great time spent with my x-housemate & her family together with my bestfriend kak su... Love all of u :* :* :* :* Then, kak su & I did some window shopping in the Soho Empire Shopping Gallery & bought some food stuffs @ Jaya Grocer.

Sunday, November 14, 2010

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Source by : Norhazlina Omar

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Tuesday, November 9, 2010

Seoul Garden


Td kat office , kak ct kata dia & kak ros suka mkn steamboat .. Maka aku pun recommend Seoul Garden.. One of my fav.. but if u want to eat it here during weekdays , i suggest that u choose Friday during the lunch time... kalu tidak rugi , byr mahal tp MASA sket, MAKAN sket.. It'll cost u rm27 for lunch........ rm36 for dinner.. ..HALAL TAK ? Don't worry it's Halal certified.

So when was my 1st time here? .. Last yr with my best friend kak su, experienced unique self-serving buffet at Seoul Garden IOI Mall.. The environment here is nice ... My farewell "party", 25 May 2010 also held at the Seoul Garden.. Thanx to my dear friends k.shikin, k.kausalya , k.rathi, k.jee, k.zura, rokh, akmal belanja gua makan smpai tak larat bangun (●*∩_∩*●) I like the Chinese Herbal soup a lot, the tomyam soup is just like maggi paste. There are 4 varieties of soups that you can choose including Chinese Herbal, Ginseng Chicken, Tomyam and Kimchi. As for food it is a bit normal just like normal steamboat buffet... kak su doesn't like steamboat, so she always goes for grill.. it has choice of boil or grill.

For the grill purpose, it has over 10 varieties of seasoned meats & intense meat-marinates !!! Meats are marinated into different flavours including black pepper, Szechuan, Bulgogi, Char siew, chili, curry, tomyam, teriyaki and garlic... My no. 1 fav is chicken black pepper  ( いちばんすきですよ!)

And also wide varieties of seafood products including prawn, lala, kepah, brown squid, bamboo clam, half shell mussel, half shell scallop and crab. So u can take what ever u want & the quantities are UNLIMITED .. but for the IOI outlet u've to finish what u've taken, or else u need to pay an extra RM for the left-over food.. Morale : JGN MEMBAZIR !!
There are varieties of 6 ice cream at one time and not only that, it also have the corn flakes, blended nuts and raisins. Perfectly nice for those who like to have add on their ice cream DIY type.

Drinks section....just ok.... with the range of drinks offered. There are tea or coffee, carbonated drinks and cordial fruit juices.

Sunday, November 7, 2010

Balasan...Melewatkan Waktu Solat.. Apatah Lg Kalu Tak Solat


Sumber : Zun Nun Al Misri (fb) Hansyaya (fb) http://mran3238.wordpress.com/2010/03/07/kisah-benar-ular-hitam-membelit-jenazah/

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.



Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).



Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.



Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Sunday, October 31, 2010

Tasbih Fatimah

Elok dibaca sebelum tidur.

Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Ayat Lima Belas

Ayat Lima Belas ini dipetik daripada beberapa surah...disusun dan dicukupkan jadi 15 ayat. Tiga faedah utama:
1. memenuhi keperluan hidup.
2. menyembuhkan orang sakit/ keracunan.
3. keselamatan dan keamanan

Saturday, October 30, 2010

Koleksi DOA Berkaitan Anak


1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
2. Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
3. Doa anak supaya kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
4. Doa anak agar taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
6. Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
7. Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5). 


B Good 2 Urself

Friday, October 29, 2010

DIET RASULULLAH S.A.W


Source : Cahaya Idayu

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.



Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.



Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)



CARA MAKAN:

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.



Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:



1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.



2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).



3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.



4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).



Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"





>>>>copyright by: SIHAT IKUT SUNNAH<<<<



Piramid Makanan

Wednesday, October 27, 2010

Fanpage Menghina ISLAM



Thanx Lis & As for sharing about this.. Fanpage yang menggunakan title “I’m Proud To Be A Muslim” menghina Islam. Walaupun korang tak pernah klik "like" page ni, marilah kita sama-sama report page nie sebagai violence kepada FB. Those kwn2 yg dah klik "like" , plz klik "unlike" semula. Tolong inform kepada kawan-kawan yang lain...

Sekali imbas takde apa yg silap dengan fanpage ni. Tapi bila klik picture … Nauzubillah min Zalik… gambar-gambarnya terang2an menghina Islam dan Rasulullah .. More than 1000 pics


Alhamdulillah aku tak pernah terklik "like" page nie.. Bila tengok kepada ahli fanpage ada beberapa kawan yang telah klik "like" page nie .... Terpedaya dgn title..





1) Klik pada ‘Report Page’


2) Select ‘Violence, crime or self-harm’, kemudian klik submit.




P/s : Musuh-musuh Islam sejak akhir-akhir ini semakin galak menghina Islam. Kepada semua umat Islam jangan berdiam diri plz do something regarding this entry.

Monday, October 25, 2010

Keaiban Yang Ditutup Allah


Hari nie masa ikut Kak Has, Kak Ros, Ustaz Anuar ke hospital.. aku tertarik dgn kata2 Ustaz masa dalam kereta : "bila kita tutup keaiban org, ALLAH akan tutup keaiban kita" .. Aku cuba google hadis yg berkaitan..then jumpa artikel di bwah nie


Source : http://www.rakanmasjid.com

Kita merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tak mungkin terlepas daripada melakukan dosa.

"Dan janganlah mencari kesalahan orang lain."( Al-Hujurat:12)

Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Perbuatan itu mencari nahas namanya. Ingatlah akan sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “…dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah Ta’ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta’ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya…” (HR Muslim)


Hadith ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah.

Waspadalah akan firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.” (An-Nuur: Ayat 19)

Saturday, October 23, 2010

TOP 30 Developer.. by The Edge Malaysia


This entry might be useful to those properties hunter... The Edge Top Property Developers Awards 2010 (TPDA) was announced during the The Edge Property Excellence Awards 2010 event that was held on Thursday, Oct 7, 2010.

But bare in mind this ranking is not a promise that the developer will satisfy u.. Like mine, Malton top 23 developer in Malaysia & listed in main BSKL board , but still a lot of house defects .... However they had rectified everything inside the defect's list. Tu pun pas gua mengamuk & kacau hari-hari ..

TOP 10

1. S P Setia Bhd
2. Sime Darby Property Bhd
3. Sunway City Bhd
4. Sunrise Bhd
5. IGB Corp Bhd
6. IOI Properties Bhd
7. I & P Group Sdn Bhd
8. Bandar Raya Developments Bhd
9. Mah Sing Group Bhd
10. IJM Land Bhd

TOP 11-30

11. Paramount Corp Bhd
12. YTL Land & Development Bhd
13. Glomac Bhd
14. Dijaya Corp Bhd
15. Plenitude Bhd
16. Selangor Dredging Bhd
17. Naza TTDI Sdn Bhd
18. Eastern & Oriental Bhd
19. TA Global Bhd
20. UEM Land Holdings Bhd
21. YNH Property Bhd
22. Bolton Bhd
23. Malton Bhd
24. United Malayan Land Bhd
25. Selangor Properties Bhd
26. Metro Kajang Holdings Bhd
27. PJ Development Holdings Bhd
28. Naim Holdings Bhd
29. Hunza Properties Bhd
30. Mulpha Land Bhd

Source: The Edge Malaysia, http://kirana24.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

COOKING ACTIVITIES is USELESS to student?


COOKING ACTIVITIES is USELESS to student? Time wasting activities? Can't be an xtra school activities? My goodness , please open your mind.. don't be too closeminded.. .. Some students do not have any chance to learn how to cook at home, some of them have never touch the pan & other utensils.. Pity them.. Especially those anak org kaya, ada bibik ... The activities can be something thrilled for them.. & will be sweet moments for them.. They also can learn to cooperate with their friends while cooking together.. So this contribute to our nation aspiration "MEMBINA MODAL INSAN".. Moreover cooking is ART OF LIFE! By right, chef is one of the demanding carrier with high pay salary.. so we should inculcate the interest & skill of cooking to the students from the younger age..

In fact , cooking is a beautiful tool to teach students science....
Science can be tricky business, particularly because science is about seeing, experiencing and experimenting. Without these, it is difficult to appreciate why things happen and how they happen. So with cooking it can cater all these...It is about looking, tasting, smelling and feeling.

Teachers would teach the students by using their 5 senses while cooking - Sight, Smell, Touch, Hear and Taste ... and create vary questions & answers to make students understand about the wisdom of science around them... about acidic& alkaline, neutralization, heat, condensation, state of matter etc..
Perhaps , tell them about the nervous system and how information is passed to the brain when we taste something ...



Tuesday, October 19, 2010

Roti Sardin Best



Hari ni kak ros, colleague aku kat office bg resepi roti sardin kak lin ( also my colleague ).. Sedap woo, depa bawa g office.. so sape2 yg rajin masak leh lah cuba.. aku? aku nanti dulu.. tnggu pindah baru nak cuba-cuba masak

Bahan


1 tin sardin besar

3 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

cili api ( bagi meletup sket )


Bhn Hiasan / Campuran


1 buku besar roti gardenia - potong kecil kepada 6 bahagian

2 biji telur ayam - goreng hancur ( goreng asing )

1 biji cili merah - dihiris halus

2 ulas bawang besar - dihiris bulat

Sedikit daun sup dan bawang - dipotong halus


Cara

1. Tumis sardin seperti biasa

2. Setelah masak, masukkan roti, telur goreng hancur dan ikan bilis halus yg telah digoreng - kacau

3. Masukkan cili merah, bawang besar, daun bawang dan daun sup - kacau rata


* gunakan api kecil semasa masukkan roti dan bahan-bahan lain ke dalam tumisan sardin.